Laman Login

 

:: BANTUAN

 

Dokumen Bantuan MCPID terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti:

        1. Pengenalan
        2. Laman MCPID ~ login
        3. Pendaftaran Baru

-----------------------------------------------------------oooo---------------------------------------------------------

1. PENGENALAN

Keperluan Pengguna:

  1. Administrator
  • Administrator bertanggungjawab untuk menambah, memadam dan mengemaskini jadual dan kandungan laman web MCPID.
  1. Pengguna (Wakil syarikat)
  • Pengguna bertanggungjawab untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan ke dalam sistem MCPID di ruangan yang disediakan.
  • Selain itu, pengguna juga boleh menambah rekod baru, mengemaskini rekod sedia ada atau memadam maklumat yang tidak diperlukan.
  • Rekod baru yang ditambah akan disimpan di dalam pangkalan data pengguna.

Berikut adalah ringkasan kandungan yang terdapat di dalam sistem MCPID:

      1. Laman Utama MCPID
      2. Kemaskini Profail Syarikat
      3. Alatan CP

Kembali ke kandungan                    

----------------------------------------------------------oooo---------------------------------------------------------

2. LAMAN UTAMA MCPID ~ LOGIN

Rajah 1.1 menunjukkan sampel skrin untuk laman utama MCPID. Laman utama MCPID mengandungi pautan-pautan di bawah sepanduk MCPID seperti berikut:

1) Laman CPVC

2) Tukar Katalaluan

3) Daftar

4) Bantuan

Laman utama (Rajah 1.1) memaparkan penerangan ringkas tentang MCPID dan sedikit pengenalan berkenaan pendaftaran.
Ruangan Login memerlukan pengguna memasukkan login dan katalaluan mereka ke dalam ruang yg berkenaan. Seterusnya pengguna akan dibawa ke laman kemaskini profail. (Rajah 1.7).


Rajah 1.1 Laman MCPID (laman login)

 

Kembali ke kandungan                        

----------------------------------------------------------oooo---------------------------------------------------------

3. PENDAFTARAN BARU

Anda perlu mengisi maklumat untuk semua ruangan yang bertanda simbol (*). Semua maklumat akan disimpan ke dalam pangkalan data MCPID dan tidak akan dipaparkan kepada umum tanpa kebenaran.

Mesej kesalahan akan dipaparkan untuk borang pendaftaran seperti di bawah:

1)Kesalahan Input: Untuk alamat emel -> Sila isi alamat emel yang sah

2)Kesalahan Tiada Input: Kursor yang berkelip pada ruangan yang tidak diisi menandakan anda perlu mengisi di ruangan tersebut terlebih dahulu. . Semua maklumat adalah perlu.

Setelah proses telah lengkap anda perlu klik pada butang Daftar (Rajah 1.2) dan membenarkan sistem untuk menerima data yang telah dihantar. Kemudian anda akan dibawa ke laman pengesahan pendaftaran (Rajah 1.3). Emel pengesahan akan dihantar kepada anda oleh Admin sistem.


Rajah 1.2 Borang Pendaftaran


Rajah 1.3 Laman Pengesahan Pendaftaran

Pengguna hanya boleh menukar katalaluan mereka dengan mengklik pada pautan Tukar Katalaluan di laman utama MCPID.
Login tidak boleh ditukar tanpa kebenaran dari pihak Admin. Skrin Tukar Katalaluan adalah seperti dalam Rajah 1.4 - Rajah 1.6.

 


Rajah 1.4 Laman tukar katalaluan


Rajah 1.5 Laman kesalahan tukar katalaluan


Rajah 1.6 Laman pengesahan tukar katalaluan

Kembali ke kandungan