• English
  • Bahasa Melayu

Green Industry Auditor Services

Bagi meningkatkan amalan Industri Hijau dalam kalangan industri di Malaysia terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Unit Industri Hijau (UIH) telah mengadakan Kursus Kompetensi Bagi Auditor Industri Hijau pada 21 – 25 Oktober 2013 bertempat di Hotel Residence, UNITEN Bangi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada perunding, industri dan ahli akademik telah menghadiri kursus tersebut.

Kursus yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan profesional mengenai amalan Industri Hijau dan melatih mereka untuk menjalankan audit Industri Hijau di premis-premis industri. Kursus kompetensi ini juga bertujuan untuk menyediakan tenaga pakar dalam bidang audit Industri Hijau mengikut modul yang telah dibangunkan oleh JAS.

Peserta dinilai berdasarkan kepada kajian kes, tutorial dan juga peperiksaan kompetensi sebelum mereka layak diberi taraf Auditor Industri Hijau.

Berikut adalah senarai nama bagi 21 orang peserta yang telah lulus dan diberikan taraf Auditor Industri Hijau:

Download (PDF, 189KB)

Gambar-Gambar Aktiviti Yang Dijalankan Semasa Kursus Kompetensi Bagi Auditor Industri Hijau pada 21 – 25 Oktober 2013

Perbincangan dalam kumpulan

Perbincangan dalam kumpulan

Peserta sedang menduduki peperiksaan kompetensi.

Peserta sedang menduduki peperiksaan kompetensi.

Penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta.

Penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta.

Gambar peserta, tenaga pegajar dan urusetia Kursus Kompetensi Auditor Bagi Industri Hijau 2013

Gambar peserta, tenaga pegajar dan urusetia Kursus Kompetensi Auditor Bagi Industri Hijau 2013

Login Form